Today malas nak bebal sengsorang la kan... Okay selama duduk di negeri terkaya ini, tak pernah pula nak mencari but sejak dapat tawaran sambung belajar ke luar negara, terpaksalah gahkan diri untuk mencari biasiswa or pinjaman.
Ini pun encik tunang yang suruh cek sebab da lama dok Selangor plus adik beradik dia pun dapat. -_- So try jugalah sebab amount yang diberi bukan sikit wooo ! RM1000 cek atas nama pemohon... Oh lupa pula nak bagi tahu namanya tadaaa....
********************************************************************************
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN:
1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon Tidak Lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun.
3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama(Semester Pertama) mulai sesi Julai 2008 sahaja.
4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secarasepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja*.
5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
6. Pemohon masih belajar dan dalam tempoh pengajian.
7. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon berjumlah RM3,000 ke bawah sahaja.
Nota:
*Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan/ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI/ KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.
********************************************************************************
Bukan tu saja, ada lagi.. Seterusnya adalah pinjaman yang juga ditawarkan kepada anak kelahiran Selangor atau bagi mereka yang telah bermastautin di Selangor lebih daripada 11 tahun.
| Bil | Syarat-Syarat Permohonan | Keterangan |
|---|---|---|
| i. | Kelahiran |
|
| ii | Peringkat Pengajian |
|
| iii | Penajaan |
|
| iv | Pencapaian Akademik |
|
| v | Tahun Pengajian |
|
Permohonan ini adalah valid untuk IJAZAH & DIPLOMA sepenuh masa iyee, tuan blog sudah memohon ehh anda bila lagi.. Sebenarnya tuan blog bukan lahir Selangor kihh3 tapi ibu anak selangor jadi boleh mohon...
"Ada kawan tanya kenapalah tak mohon je PTPTN untuk degree ni ? Dahlah buat susah diri saja ke hulu ke hilir, naik pejabat tu pejabat ni... pinjaman negeri payah sikit. Tapi nak mohon boleh je"
Bagi tuan belog la, everything ikut pandangan masing-masing if you're willing to do it then why not grab the chances. Lagipun pinjaman negeri ni ada kebaikkannya boleh ubah jadi biasiswa kalau dapat first class degree, mostly la.. tuan belog sedang risau macam mana nak lunaskan hutang PTPTN time diploma dulu.. RM15 000 tau, yes bukan sikit tapi ribuan gitu. Sampai di sini saja, jangan lupa senyum :)





