Assalamualaikum wbt... salam sejahtera bagi non muslim, sudah lama tidak menaip bukan sebab malas ke apa tapi sibuk sikit dengan final exam bagai, puasa yela nak dekat nak
RAYA dan bermacam - macam lagi.. well sekarang sudah cuti semester dan setiap tahun Atish akan cuba sebaik mungkin untuk melancong ke mana - manalah dengan family or alone saja. Terasa pula macam home alone kan ? poyo sebentar hahaha.. semakin hari buat kuih raya tu, makin menebal pula dalam sanubari untuk melancong, oh terlupa pula Atish berjaya dapat biasiswa dari Yayasan Selangor, boleh la suku dari yayasan tu Atish simpan tapi adalah guna sikit - sikit untuk beli kelengkapan raya dan sebagainya.. tolong parents sikit dan adik.

Sebelum cuti semester degree di Shah Alam, ada junior suggest ke negara matahari iaitu Jepun.. memandangkan Atish pernah mengikuti trip ke China dulu, sempat ke Disneyland HK. memang penat tapi trip itu memang berbaloilah. tak waste RM800 yang mama dan along bagi. Dalam hati memang nak pergi Disneyland Jepun yang dikatakan terbesar di Asia tapi memikirkan taraf mata wang Malaysia dan Jepun mematikan niatku. Disebabkan kekangan mata wang, Atish mula search negara yang mempunyai mata wang yang lebih rendah dari Malaysia.. kalau tak pun pusing dalam Malaysia saja.... bila sudah jumpa tu, lega hati rupanya banyak, bak kata mama di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
Malaysia (RM1.00) - telah dibundarkan
- Iran - 8253 rial
- Vietnam - 6673 dong
- Sao Tome and Principe - 5733 dobra
- Indonesia - 3650 rupiah
- Laos - 2534 lao kip
- Somalia - 282 shilling
Jadi mama selalu cakap rupiah adalah mata wang yang paling rendah tapi ada yang lebih rendah darinya. Jadi kenalah siap - siapkan diri untuk trip seterusnya bai bai :)
2 kisses:
wah...pergi melancong..best...hihihihi
jom bercuti kihhkihkihh :P
Post a Comment