Alhamdulillah genap sudah 3 weeks di UiTM Shah Alam, a life as matematics degree student. Penat tak pernah hilang dan masalah satu demi satu selesai. Macam yang telahku tulis sebelum ini berkaitan dengan pinjaman pendidikan dan bantuan bagi bumiputra seperti aku. Ingat mereka tak mahu tawarkan pinjaman dan sebagainya tapi semalam ada pegawai yang in-charge call Puan Norafiza bahawa aku perlu menghadiri temuduga yang sangatlah santai sebelum pukul 1.00 petang. Walhal pada hari yang sama aku perlu ke Putrajaya bagi menemankan rakan karib since diploma di Arau dengan Encik Tunang** untuk mendapatkan slip peperiksaan bagi proses memohon PTPTN.
Tamat temuduga pada pukul 1.15 petang dan perut pula buat hal, tak tahu kenapa toilet station minat di Shah Alam tak kira Shell ke Petronas. Memang tahi berenang senang lenang tanpa di-flush ya Rabbi sabar je la. Disebabkan tak tahan dan tidak berselera maka tahan jugalah hingga sampai UiTM, dengan traffic lagi sapa tak menyirapkan ? Huh
Sebenarnya dalam hati amat-amatlah risau pasal temuduga zakat yang juga diadakan pada petang hari yang sama. Nak ke Putrajaya dari Shah Alam pun da makan masa 45 minutes by highway pergi saja. Oh tunang saya dari Bukit Melawati ~ jauh kan ? ye jauh juga. Sebelum ini memang sudah rancang dengan Mimi, untuk ke Putrajaya cuma kami duduk kolej maka kenderaan tak dibenarkan bagi yang mendapat kemudahan kolej. Agak susahlah untuk bergerak ke sini sana jadi yang menjadi mangsa buli samada abang kandung saya atau tunang saya. HAHAHA
Btw saya amat bersyukur saya ada mereka ini kalau tak memang punah musnahlah harapan ibu saya untuk tengok saya berjaya. Dalam menunggu slip peperiksaan siap dicetak, tunang saya suggest agar tunda temuduga zakat ke hari lain memandangkan memang tak sampai Shah Alam before 4.00 petang. Mahu atau tidak, capai telefon mendail pejabat zakat untuk tunda temuduga dan Alhamdulillah dapat Isnin depan ! Happy-nya tak terkata hinggakan pegawai di kaunter di kementerian blok E11 tu tergelak-gelak melihat reaksiku yang pelik di lobi. Senyum sipu sajalah yang mampu.
Balik UiTM kepenatan dan beli makanan di dataran di antara Kolej Mawar dan Melati, sampai kolej terus flat sebab katil empuk sangat.
Oh lupa pagi tadi check status terkini, barulah saya tahu ada interview rupanya -,-
Saya sebenarnya lahir di Pahang, ada juga kawan yang suruh apply untuk hadiah anak Pahang masuk universiti. Cuba jela kan ? HAHAHA nampak tak yang saya ni tamak? Sebenarnya ini namanya peluang, mungkin kita tak sedar tapi sejak bergelar mahasiswi, amatlah rugi jika peluang ataupun bantuan kewangan yang sedia ada tidak digunakan sebaiknya bukan ?
bersambung
0 kisses:
Post a Comment